Friday, 3 April 2020

Sabar Wahai Hati

"Hang jangan nak baik sangat, nanti depa pijak kepala.. Sabar pon ada limit yana"

 

Manusia sentiasa diuji, orang yang pijak kita tulah ujian yang Allah hantar untuk uji kesabaran kita.. kalau termakan dengan nasihat kat atas tu, maknanya anda gagal dalam ujian :) 

Walau buruk macamana sekalipun kita ditindas, dihina, diherdik dan sebagainya, bersabarlah.. banyak ganjaran untuk orang yang bersabar.. jadi teruslah tersenyum walau sesakit mana sekalipun, kebahagiaan pasti akan jadi milik kita suatu hari nanti .. kalau bukan di dunia yang penuh dusta ni, mungkin di sana yang penuh kesucian dan kebahagiaan .. 😊😊❤️

 

 

 عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

]صحيح مسلم , كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ , بَاب " الْمُؤْمِنُ أَمْرُهُ كُلُّهُ خَيْرٌ "حديث رقم 2999]

 

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)




 


No comments:

Post a Comment

PENGKHIANAT PERASAAN 💔

Melangkah jauh dalam setiap kenangan Terbenam dalam lautan kesedihan Kasih yang pergi takkan mungkin kembali Bertahan dengan kehampaan Derit...