Monday, 6 April 2020

Malam Nantikan Siang



"Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu"




Bila dadaku terasa sesak , pantas saja kakiku dihayun menuju keluar rumah lantas ku dongakkan kepala memandang keindahan ciptaan Tuhan ku yang Maha Esa .. Subhanallah,  luasnya langitMu .. Terasa tenang bila berada dalam keadaan sebegitu .. Ya Allah , Kau sampaikanlah rinduku ini buat insan insan yang telah meninggalkan aku .. Sakit yang ku tanggung sudah tidak dapat dibendung .. malah lebih sakit pabila penantianku ini ditemani dengan segunung harapan .. Kenapa sakit ? kerana harapan itu tak pernah dicapai , lalu aku kecewa ..dan Hancur sehancurnya ..

"Bintang bintang yang cantik dan bersinar di atas sana , kau tolong jagakan insan insan yang ku sayang di sana ya .. Bisikkan pada mereka yang aku bakal menyusul suatu hari nanti .. Selamat Malam"



Friday, 3 April 2020

Sabar Wahai Hati

"Hang jangan nak baik sangat, nanti depa pijak kepala.. Sabar pon ada limit yana"

 

Manusia sentiasa diuji, orang yang pijak kita tulah ujian yang Allah hantar untuk uji kesabaran kita.. kalau termakan dengan nasihat kat atas tu, maknanya anda gagal dalam ujian :) 

Walau buruk macamana sekalipun kita ditindas, dihina, diherdik dan sebagainya, bersabarlah.. banyak ganjaran untuk orang yang bersabar.. jadi teruslah tersenyum walau sesakit mana sekalipun, kebahagiaan pasti akan jadi milik kita suatu hari nanti .. kalau bukan di dunia yang penuh dusta ni, mungkin di sana yang penuh kesucian dan kebahagiaan .. 😊😊❤️

 

 

 عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

]صحيح مسلم , كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ , بَاب " الْمُؤْمِنُ أَمْرُهُ كُلُّهُ خَيْرٌ "حديث رقم 2999]

 

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)




 


PENGKHIANAT PERASAAN 💔

Melangkah jauh dalam setiap kenangan Terbenam dalam lautan kesedihan Kasih yang pergi takkan mungkin kembali Bertahan dengan kehampaan Derit...